LEMBAGA PEMILIHAN PEGAWAI WARAN TUDM KE-9

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

Lembaga Pemilihan Pegawai Waran TUDM ke-9 bagi mengantikan Pegawai Waran TUDM ke-8, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada awal Januari 2024 telah selesai dilaksanakan melibatkan 3 Fasa daripada 5 Fasa. Pemilihan ini telah diuruskan oleh Seksyen Urus LLP-Bahagian Sumber Manusia mulai 5 hingga 20 Sep 23 melibatkan penyertaan seramai 17 Pegawai Waran Udara daripada pelbagai ketukangan.

3 fasa awal yang telah dilaksanakan terdiri daripada fasa pencalonan oleh Trade Master melalui Bahagian Sumber Manusia-Seksyen Rancang LLP. Kemudiaanya fasa kedua adalah ujian kawad yang telah diadakan pada 19 dan 20 Sep 23 di Padang Kawad PU Subang. Dalam ujian ini, para calon telah diuji dalam kemahiran Kawad Tongkat Penyukat, Kawad Pedang Istiadat dan Kawad Panji-Panji Latihan. Fasa ketiga pula adalah Ujian Psikometrik dan Ujian Bertulis.

Calon-calon yang berjaya di fasa 1 dan 3 kemudiaanya akan meneruskan ke fasa seterusnya iaitu Lembaga Awal Pemilihan Calon Pegawai Waran TUDM yang akan dilaksanakan pada 27 Sep 23 dan akan dipengerusikan oleh AKS Sumber Manusia.

Fasa terakhir iaitu Lembaga Akhir Pemilihan Calon Pegawai Waran TUDM yang dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara ini akan menjadi penentu kepada para calon yang melepasi fasa 1 hingga 4 untuk dilantik sebagai Pegawai Waran TUDM Ke-9.

#tudm

#SentiasaDiAngkasaRaya