LATIHAN PERSEDIAAN AWAL BAGI MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN KETIKA EKSESAIS COPE TAUFAN 2023 (EKS CT23)

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH – Latihan First Responder, Pilot Extraction dan Medical Evacuation (MEDEVAC) telah dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Latihan ini berkonsepkan simulasi pesawat yang mengalami kegagalan sistem dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan berhampiran lapangan terbang.

Latihan simulasi ini dimulai dengan tindakan pantas menyelamat dilakukan Bomba TUDM dan Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) sejurus tiba di tempat kejadian. Apabila mangsa telah berjaya dibawa keluar dari kawasan kemalangan, pasukan petugas kesihatan daripada 816 Rumah Sakit Angkatan Tentera (816 RSAT) telah memberikan rawatan awal dan mengenalpasti tahap kesihatan mangsa. Seterusnya, mangsa dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang menggunakan helikopter EC725AP bagi medapatkan rawatan lanjut.

7 8

 

Sekalung penghargaan kepada pasukan perubatan United States Pacific Air Forces (US PACAF) dan agensi luar terutamanya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Hospital Besar Pulau Pinang, yang turut memberi perkongsian ilmu, kerjasama dan komitmen tinggi bagi memastikan latihan kali ini berjaya.

#EksesaisCopeTaufan2023
#EksCT23
#RMAF
#USPACAF
#SentiasaDiAngkasaRaya
#KuasaUdaraPerisaiKedaulatanNegara