LAWATAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA KE NO 1 SKN

WhatsApp Image 2025 01 15 at 234500 3f2134e1 WhatsApp Image 2025 01 15 at 234500 f62337c3 WhatsApp Image 2025 01 15 at 234502 a3978b28
WhatsApp Image 2025 01 15 at 234501 6b2b71a5 DSC 0194 edit 162787171253889 DSC 0187

 

KUCHING, 15 Jan 25 – Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, YBrs. Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke No 1 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching, Sarawak.

Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat keupayaan aset yang telah dinaik taraf oleh pihak TUDM. Pesawat CN235-220M/MSA telah menjadi salah satu medium pesawat peronda maritim negara. Dengan adanya penambahbaikan pada sistem RADAR dan kamera, pesawat ini mampu menjalankan tugas rondaan maritim dengan kadar efisiensi yang lebih tinggi dan mampan.

Kekuatan perairan negara dapat dipertingkatkan secara holistik serta dapat mengurangkan sebarang tindakan pencerobohan daripada anasir luar. Tambahan lagi, dengan adanya pesawat yang mempunyai sistem yang telah dinaik taraf seperti ini, kerjasama antara agensi yang bertanggungjawab dapat diperkukuhkan dalam menjaga keamanan serta kedaulatan perairan negara.