KUCHING, 15 Jan 25 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan program “MEGA FOD SWEEP” Pertama Tahun 2025 di kawasan dispersal pangkalan.
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan pesawat yang disebabkan oleh benda asing atau Foreign Object Debris (FOD) seperti batu dan objek yang boleh menyebabkan kerosakan kepada pesawat. Selain itu juga, aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada semua peringkat anggota TUDM terhadap kepentingan keselamatan di dalam dan luar pangkalan yang perlu diutamakan.
Program ini telah dikoordinasikan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Tasrulnizam bin Azmi TUDM. Turut hadir dalam program ini adalah Komander Pangkalan, Kol Yusrizal bin Zain TUDM serta pegawai-pegawai dan anggota LLP bagi setiap skuadron dan cawangan di Pangkalan Udara Kuching.