HARI PENGAJIAN AKADEMI TENTERA UDARA

DSC 0099 DSC 0105 DSC 0133
DSC 0117 DSC 0128 DSC 0130
DSC 0083 DSC 0141 DSC 0149

 

IPOH, 16 Jan 25 - Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh telah melaksanakan Hari Pengajian Akademi bertempat di Dewan Rajawali ATU. Semua warga Akademi telah hadir bagi program berkenaan yang turut melibatkan kakitangan awam.

Program yang bermula pada jam 1500 ini telah menjemput En Mahamad Fisol bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah MCMC, Pejabat Negeri Perak sebagai penceramah. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk Penggunaan Media Sosial oleh Penjawat Awam dan Akta Komunikasi. Turut hadir dalam sesi ceramah tersebut ialah Kol Rafiddee bin Dollah TUDM, Komandan ATU bersama barisan eksekutif lain.

Sepanjang program tersebut, warga Akademi didedahkan dengan penguatkuasaan akta dan kesalahan yang sering terjadi dalam penyalahgunaan media sosial. Antaranya pelanggaran Seksyen 233 dan 236 yang boleh menyumbang kepada gangguan ketenteraman sejagat serta merosakkan keharmonian negara. En Mahamad Fisol juga mengadakan sesi soal jawab serta kuiz berkaitan tajuk ceramah tersebut.

Warga ATU menyambut baik sesi ceramah yang dijalankan hari ini dan berharap program seumpanya dapat dilaksanakan lagi bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan moto Cergas Berdisiplin.