ALOR SETAR, 3 Sep 21 – Sekolah Latihan Pegawai (SLP) telah mengadakan Pembukaan Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP) 2u2i Siri 2/21 yang dirasmikan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM bertempat di Dewan Auditorium SLP.
Kursus yang dihadiri seramai 16 Pegawai Kadet TUDM akan menjalani latihan selama 24 minggu dan seterusnya akan meneruskan Latihan di Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1).
Turut hadir Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Ketua Sekolah Latihan Pegawai, Lt Kol Muazam Shah bin Mohd Yusuf TUDM; Pegawai-Pegawai Kanan Kolej Tentera Udara dan pegawai Sekolah Latihan Pegawai.
Warga SLP mendoakan agar semua Pegawai Kadet LKP 2u2i Siri 2/21 dapat menjalani dan menamatkan latihan ini dengan jayanya.