KUANTAN, 27 Jul 23 – Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Pangkalan Udara Kuantan selama dua hari bermula hari ini.
Lawatan kerja dimulakan dengan Kawalan Kehormat kepada Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM. Seterusnya, Beliau membuat kunjungan hormat ke atas Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM di Pejabat Komander.
Lawatan diteruskan dengan taklimat kepada AKS Materiel oleh dari MAWILUD 1, Cawangan Materiel, MATRA 1, Terminal Peluru 1, INSPRA dan Skuadron 401. Pada sebelah petang, AKS Materiel melakukan lawatan ke Cawangan Materiel dan MATRA 1.
Pada hari kedua, AKS Materiel dan delegasi meneruskan lawatan ke Terminal Peluru 1 dan Skuadron 401. Pada sebelah petang pula telah diadakan sesi dialog AKS Materiel Bersama pegawai dan anggota dari Ketukangan Materiel.
Turut serta dalam lawatan ini, Ketua Cawangan Materiel, Pegawai Memerintah Skuadron 401, Ketua MATRA 1, Ketua Terminal Peluru 1.