JUGRA, 27 Jul 23 – Majlis Penutup Kursus Pertahanan Darat Siri 26/23 telah diadakan di Hangar PARA Pangkalan Udara Jugra disempurnakan oleh Ketua Staf Operasi Keselamatan (OPKES), MAREJ TUDM, Kol Amrul bin Yacob TUDM.
Kursus yang telah bermula pada 3 Jul 23 dan berakhir pada 28 Jul 23 ini bertujuan melatih dan meningkatkan kebolehan pegawai Cawangan Tadbir dan anggota Pembantu Pertahanan melaksanakan tugas pertahanan darat di pangkalan. Kursus selama 4 minggu ini merangkumi 3 modul utama iaitu Penugasan Aturgerak, Pertahanan Darat Pasif dan Pertahanan Darat Aktif.
Kursus ini telah dihadiri seramai 49 orang penuntut yang terdiri daripada 7 orang pegawai dan 42 orang anggota lain-lain pangkat.
Wakil Pegawai Memerintah SLTT, Mej Muhammad Fauzee bin Kamarudin TUDM telah mengiringi Kol Amrul TUDM bagi menyempurnakan pemakaian lencana Pertahanan Darat TUDM kepada setiap penuntut kursus.
Majlis penutup ini turut dihadiri oleh Komander PU Jugra,Mej Norisman bin Idris TUDM; PS1 OPKES MAREJ TUDM, Mej Mohd Abdullah bin Zainudin TUDM dan Wakil Pegawai Memerintah PASKAU, Mej Mohd Fauzi bin Othman TUDM. Penuntut Terbaik Kursus Pertahanan Darat TUDM Siri 26/23 telah disandang oleh Kapt Mohd Shahir bin Sharibudin TUDM dari MTU-Perkhidmatan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut yang telah berjaya menamatkan Kursus Pertahanan Darat TUDM Siri 26/23. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus dapat dipraktikkan dan meningkatkan kompetensi Warga Udara dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan serta mencapai visi dan misi TUDM. Sekalung penghargaan kepada barisan jurulatih dan tenaga pengajar yang memberikan tunjuk ajar ke arah melahirkan Warga TUDM yang cemerlang demi kedaulatan tanah air.