LABUAN, 11 Ogos 22 - Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Dato' Zainal bin Abdul Manaf TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Labuan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander PU Labuan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM serta seluruh warga Eksekutif Pangkalan.
Lawatan AKS Materiel telah dimulai dengan Kawalan Kehormatan di pintu utama pangkalan. Seterusnya acara diteruskan dengan menandatangani buku lawatan di Bilik VIP Membedai 2 sebelum meneruskan acara.
Lawatan kerja diteruskan dengan berkunjung ke Cawangan Materiel. Lawatan dimulai dengan sesi bergambar bersama semua warga Materiel PU Labuan bertempat di Dataran Materiel. Seterusnya, AKS Materiel telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Material bagi sesi taklimat ringkas dari Cawangan Materiel PU Labuan serta Terminal Peluru 3 berkenaan pengoperasian serta pentadbiran.
Setelah selesai taklimat tersebut, AKS Materiel telah dibawa melawat ke kompleks pengstoran sebelum meneruskan lawatan ke Terminal Peluru 3.
Setelah tamat sesi lawatan tersebut, deligasi telah bergerak ke gudang Bangunan Logistik bagi jamuan makan tengah hari bersama seluruh warga materiel PU Labuan. Lawatan kerja tersebut telah diakhiri dengan penyampaian momento dari Komander Pangkalan serta warga Materiel sebelum AKS Materiel berangkat meninggalkan majlis.