LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) KE MPPLU BAGI PEWUJUDAN KLUSTER PENGAJIAN PENERBANGAN

IMG 6945 IMG 6964 IMG 6944
IMG 6971 IMG 6973



SENDAYAN, 11 Ogos 22 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU). Lawatan dan perbincangan ini bertujuan menjalin kerjasama antara APMM dan MPPLU, membuat kajian cadangan mewujudkan Kluster Pengajian Penerbangan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), mendapatkan input berkaitan pembangunan dan pengurusan kurikulum latihan dan mendapatkan maklumat berkenaan struktur organisasi latihan TUDM.

Perbincangan ini telah di Pengerusikan oleh Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, Pengarah Latihan dan beberapa Pegawai dari MPPLU serta dihadiri oleh delegasi daripada APMM yang diketuai oleh Encik Abdul Malik bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia, Kdr Maritim Mohd Faizul bin Mohamad Shayuti, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi Udara serta Pegawai dan Staf APMM.

Wakil daripada APMM juga berkesempatan berbincang dengan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM berkenaan cadangan mewujudkan Kluster Pengajian Penerbangan. Di pengakhiran perbincangan adalah sesi bertukar cenderahati dan bergambar.