KUANTAN,16 JAN 21 – Wakil MAWILUD 1 yang diketuai oleh Pegawai Waran Markas, PW U I Mohd Sazali bin Suhod telah melakukan lawatan kebajikan ke kediaman dua anggota Markas ini yang telah terjejas akibat banjir iaitu Sjn U (W) Fazliana binti Abdul Aziz yang menetap di Chenor, Pahang dan LU I Wan Ahmad Najmi bin Wan Zakaria yang menetap di Pekan, Pahang.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan juga sebagai sokongan moral atas kesulitan yang dialami oleh anggota ekoran musibah banjir yang melanda pada ketika ini.
Pihak MAWILUD 1 akan terus memantau dan komited dalam memberikan bantuan kepada mana-mana warga MAWILUD 1 yang terjejas akibat bencana ini.