SUBANG, 18 Jan 21 – Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA) telah diberikan pengiktirafan Authorised Engineering Organisation (AEO) oleh Directorate General Technical Airworthiness (DGTA). Pengiktirafan AEO ini merupakan julung kali dalam TUDM dan PUSPEKA telah diberikan pengiktirafan AEO bagi skop Design and Design Change Activities on RMAF Aircraft, Aeronautical Products and Aircraft Related Equipments.
Penyampaian Sijil Authorised Engineering Organisation (AEO) kepada Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA) telah disempurnakan dalam upacara penyerahan sijil tersebut oleh KP DGTA kepada Pengarah PUSPEKA dengan disaksikan oleh AKS Kejuruteraan. Majlis berlangsung secara serba ringkas di Bilik Mesyuarat Induk PUSPEKA kehadiran yang terhad mematuhi SOP COVID-19. Turut hadir sama menyaksikan majlis adalah KSS MPBU dan empat pegawai kejuruteraan yang lain.
Semoga PUSPEKA akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada TUDM.