ALOR SETAR, 14 Jan 20 – Majlis Konvokesyen Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera Dan Elektronik Kapal Terbang (KPKJEK) Siri 32/20 telah diadakan di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU). Majlis telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Ir. Mohamad Razip bin A.Samad TUDM. Turut hadir Komandan KTU, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan Pegawai Memerintah ITAS, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM.
Seramai 18 pegawai telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Pelatih keseluruhan terbaik telah disandang oleh Lt M Mohammad Syazwan bin Mohd Zalani TUDM manakala pelatih akademi terbaik disandang Lt M Nur Azuin bt Hairudin TUDM. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pegawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih ITAS.