KUANTAN, 31 Jul 24 – Pangkalan Udara Kuantan telah menerima lawatan dari Asisten Ketua Staf (AKS) Kejuruteraan, Mej Jen Hishamuddin bin Abdul Rahman TUDM, hari ini.
Ketibaan AKS Kejuruteraan telah disambut oleh AKS A4 MAWILUD 1, Kol Khairul Anuar bin Abdul Razak TUDM dan Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Mahadhir bin A. Rahman TUDM.
Seterusnya rombongan delegasi telah dibawa melawat ke Skuadron 320, tapak projek MPA di Northern Hangar No 10 Skuadron, tapak projek FLIT-LCA di Shelter No 6 Skuadron,Shelter dan Hangar No 17 Skuadron.
Bagi pengisian lawatan kerja ini, satu sesi perjumpaan dan penyampaian amanat telah dijalankan bertempat di Dewan Sri Angkasa oleh AKS Kejuruteraan bersama semua pegawai dan anggota ketukangan Kejuruteraan dari MAWILUD 1 dan PU Kuantan.
Semoga dengan lawatan kerja rasmi dan juga amanat yang telah disampaikan oleh AKS Kejuruteraan dapat meningkatkan kualiti kerja pegawai dan anggota ketukangan kejuruteraan sekaligus mengikuti piawaian yang telah ditetapkan demi kecemerlangan perkhidmatan pada masa akan datang.