GONG KEDAK, 29 Jul 24 – Asisten Ketua Staf (AKS) Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan AKS Kejuruteraan bersama delegasi lawatan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan Eksekutif Pangkalan. Sebaik ketibaan, AKS Kejuruteraan telah mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter sebelum ke Markas Pangkalan untuk menandatangani buku lawatan dan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Komander Pangkalan.
Seterusnya, AKS Kejuruteraan dan delagasi telah membuat lawatan ke Hangar Service Technical Center (STC) bagi melihat kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat Sukhoi dan Hangar Cawangan Kejuruteraan bagi melihat perkembangan program Preventive and Restoration Work (PRW) Pesawat Sukhoi SU-30MKM yang melibatkan kolaborasi secara Smart Partnership di antara TUDM dan Syarikat ATSC Sdn Bhd. Semasa lawatan, taklimat berkenaan program tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Norhisham bin Mohd Noor TUDM. Delegasi kemudianya di bawa ke Tactical Shelter (TS) 4 bagi untuk melihat pesawat Su-30MKM yang bersiap sedia untuk tugas operasi.
Seterusnya, delegasi bergerak ke Laman Puteri untuk minum pagi sebelum bergerak ke tapak radar di Skn 321 Bukit Peteri bagi melihat pengoperasian dan penyelenggaraan radar pertahan udara.
Program akhir AKS Kejuruteraan dan delegasi adalah program ramah mesra dan perjumaan bersama semua pegawai dan anggota kejuruteraan PU GK di Dewan Puteri. Dikesempatan perjumpaan tersebut, beliau telah menyampaikan beberapa dasar, polisi dan pengarahan terbaru pucuk pimpinan TUDM serta menyatakan penghargaan beliau kepada warga kejuruteraan yang telah memberi sokongan penuh sepanjang beliau menggalas tanggungjawab sebagai AKS Kejuruteraan.
Setelah selesai sesi ramah mesra, delegasi lawatan telah dibawa ke Wisma Perwira untuk makan tengahari sebelum bergerak pulang.