MELAKA, 1 Ogos 24 - Seminar Kawal dan Lapor 2024 anjuran Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah berjaya dilaksanakan bermula 29 hingga 31 Sep 24 di Grand Swiss-Belhotel Melaka. Pembukaan seminar telah disempurnakan oleh Brig Jen Ivan John Row TUDM selaku Trade Master Kawal dan Lapor.
Seminar ini telah disertai oleh Pegawai Cawangan Kawal dan Lapor serta pegawai jemputan daripada Cawangan Juruterbang, Kejuruteraan dan KLLU. Terdapat empat (4) kertas kerja dan Taklimat Hala Tuju Malaysian Air Defence Ground Environment (MADGE) 2055 telah dipersembahkan oleh Kolonel Mohammed Firdauz bin Haji Osman TUDM, Komandan INSPRA dan dibincangkan semasa seminar ini berlangsung dalam mencapai matlamat yang digariskan sejajar dengan tema pada tahun ini iaitu Readiness and Adaptive Air Defence Ecosystem.
Seminar turut diserikan dengan jemputan daripada Kol Norazlin binti Pamuji selaku Timbalan Pengarah BGSP bersama staf untuk menyampaikan taklimat informatif bertajuk Geospatial Approach In Air Operation Through Defence Geospatial Information Management (DGIM) Platform. Semua kertas kerja termasuk taklimat informatif yang dibentangkan telah mendapat sambutan dan interaktif antara peserta seminar yang sangat memberangsangkan.
Semoga seminar ini diteruskan dan dijadikan sebagai platform untuk berbincang, menjana percambahan fikiran dan melihat idea-idea baharu agar dapat menambahbaik keupayaan dan kesiagaan operasi pertahanan udara negara pada masa hadapan dan memantapkan lagi keupayaan sistem pertahanan udara negara selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP 55).