BUKIT IBAM, 22 Sep 23 – Pengarah Latihan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Kol Hamidi bin Hashim TUDM telah mengetuai tim pemeriksaan bagi melaksanakan Pemeriksaan Tahunan ke atas Sekolah Latihan Tempur TUDM, Bukit Ibam.
Matlamat pemeriksaan yang dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 20 Sep hingga 22 Sep 23 ini adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dan pematuhan, pengurusan keselamatan serta peranan unit-unit di bawah naungan MPPLU adalah di tahap yang terbaik dan menepati piawaian.
Semasa taklimat balas pada hari terakhir lawatan, Kol Hamidi bin Hashim TUDM telah memberi beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang bagi meningkatkan penghasilan kerja yang lebih efisen dan mengikut garis yang telah ditetapkan.