KUCHING, 26 Mei 23– Tim Pemeriksa Mawilud 2 telah membuat Lawatan Pemeriksaan ke atas Pangkalan Udara Kuching dari 22 sehingga 26 Mei 23.
Ketibaan delegasi dari MAWILUD 2 yang diketuai oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapee @ Ahmad Rofie TUDM di pangkalan telah disambut oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Muhammad Amir bin Abdullah TUDM sebagai pemangku Komander Pangkalan.
Objektif utama pelaksanaan pengauditan ini adalah untuk menilai tahap pematuhan kepada arahan dan peraturan, tahap pencapaian kesiagaan pasukan, sistem dan prosedur kerja, pelaksanaan pengurusan sumber manusia, aset dan fasilitas, kawalan dalaman serta tindakan pengesanan, punitif dan pemulihan.
Hasil dari pemeriksaan ini dapat memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM supaya kekurangan dan kelemahan pangkalan atau unit di dalam pemeriksaan ini dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.
Delegasi MAWILUD 2 juga turut melaksanakan pemeriksaan di Skn 330, Gunung Ngili diiringi oleh Pemangku Komander Pangkalan dan Pegawai Eksekutif Skuadron.