FINAL PLANNING CONFERENCE COMMAND POST EXERCISE AIR THAMAL 32/24

1 2 3 4
5 6 7 8

 

PULAU PINANG, 26 Apr 2024 – Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) Command Post Exercise Air THAMAL 32/2024 (CPX AT 32/24) telah berlangsung pada 22 hingga 26 Apr 24 bertempat di Hotel Mercure Penang Beach, Pulau Pinang.

Eks AIR THAMAL merupakan eksesais bilateral antara Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF).

Pada tahun ini, RTAF akan menjadi tuan rumah dan ianya akan dilaksanakan secara peringkat CPX (Command Post Exercise) bertempat di Chonburi, Thailand.

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaras segala aspek pentadbiran, bantuan dan keperluan logistik sebelum, semasa dan selepas CPX AT 32/24 agar dapat dilaksanakan dengan lancar serta teratur.

Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Group Captain Nat Kamintra dan Kolonel Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM selaku Pengarah Eksesais bersama serta dihadiri oleh 23 pegawai dan anggota LLP daripada kedua-dua angkatan udara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer