KOLABORASI SEKSYEN PEMBANGUNAN SUKAN TUDM DAN AKADEMI SUKAN UPM JAYAKAN KURSUS UNTUK PENGURUSAN/PENTADBIR PERSATUAN SUKAN TUDM

1 2 3

 

Markas Tentera Udara - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan (Seksyen Pembangunan Sukan TUDM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Strategik dan Pengukuran Penilaian Kecergasan Sukan Siri 1/21 dengan kerjasama tenaga pakar daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 6 hingga 8 April 21 bertempat di Auditorium Seksyen Pembangunan Sukan TUDM, Pangkalan Udara Sendayan. Kursus ini telah disertai oleh 30 orang peserta terdiri daripada pihak pengurusan dan pentadbir persatuan-persatuan Sukan TUDM. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan serta pendedahan kepada peserta kursus berkaitan pengurusan strategik sukan, teknologi sukan, psikologi sukan dan pengukuran serta penilaian kecergasan sukan.

Kolaborasi kursus melibatkan kerjasama pakar dari Akademi Sukan UPM menjadi nilai tambah ke arah memperkasakan pembangunan sukan TUDM secara keseluruhan di samping menepati teras kelapan di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Work Life Balance” dan Sosial untuk memantapkan sukan TUDM dan memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan warga TUDM.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Shamala Subramaniam dari Universiti Putra Malaysia dan turut dihadiri oleh pegawai TUDM dan pegawai UPM.