KUALA LUMPUR, 8 Apr 21 – Seramai 90 pegawai dan anggota TUDM terdiri dari mereka yang bertugas di Markas Tentera Udara (MTU) dan unit luar di bawah naungan MTU telah menerima suntikan vaksin dos kedua untuk imunisasi COVID-19 bagi Fasa 1B yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan pada hari ini.
Suntikan dos kedua bagi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat ATM di Kementerian Pertahanan ini akan diteruskan pelaksanaannya sehingga 13 Apr 21 yang melibatkan lebih 400 pegawai dan anggota MTU serta unit luar di bawah naungan.
TUDM untuk Fasa pertama kini telah dan sedang giat dilaksanakan melibatkan seluruh warga TUDM di Malaysia. Usaha ini dilaksanakan dengan penuh komitmen melibatkan pegawai perubatan dan petugas kesihatan tentera dan awam di Pusat Penerimaan Vaksin di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan memberi nafas baharu untuk memerangi sepenuhnya wabak COVID-19 di dalam negara.
Lindung Diri, Lindung Semua