SUBANG, 8 Apr 21 – Penuntut Kursus Peperangan Elektronik Asas Pegawai ATM Siri 30/2021 dari Pusat Latihan Peperangan Elektronik (PLPE), Kem Paya Jaras telah membuat lawatan sambil belajar ke Electronic Warfare Support Centre (EWSC) Markas Pemerintahan Operasi Udara. Lawatan ini disertai oleh 22 orang penuntut kursus serta tujuh orang jurulatih yang diketuai oleh Ketua Jurulatih PLPE iaitu Kdr Mohd Fazla bin Rahim TLDM. Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan fasiliti dan peralatan di EWSC.
Penuntut kursus telah diberikan taklimat ringkas mengenai EWSC oleh Ketua Bahagian Operasi EWSC, Mej Halil Fahmy bin Samah TUDM serta kelas peperangan elektronik oleh Electronic Warfare Tactics & Countermeasure Development EWSC, Mej Damian Sandhan Sebastian TUDM. Dalam pada itu, penuntut kursus telah dibenarkan untuk membuat lawatan ke Mobile Radar Threat Emitter Simulator (MRTES) dan Electronic Surveillance Payload (ESP). Turut hadir Pegawai Memerintah EWSC, Lt Kol S. Nadzeer bin Salehudin TUDM.