KHUTBAH KHAS SOLAT JUMAAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA KE-67 TAHUN 2025 DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6

 

GONG KEDAK, 13 Jun 2025 - Khutbah khas semasa solat jumaat telah dibacakan bersempena sambutqn Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-67 di Masjid Ar-Raudhah, Pangkalan Udara Gong Kedak.

Khutbah Khas yang bertajuk "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara" telah disampaikan oleh Pegawai Agama Pangkalan, Lt Kol Ahmad Nasri bin Abdul Rahman dan dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman Tudm, barisan eksekutif pangkalan dan seluruh warga PU Gong Kedak serta bersama-sama khairiah kampung sekitar pangkalan.

Antara intipati teks khutbah yang disampaikan adalah berkenaan pemantapan keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan dalam persedian untuk berperang. Selain itu, khutbah juga turut menyeru seluruh warga TUDM agar terus berusaha dan berjuang sebaik mungkin untuk mencapai misi dan visi TUDM untuk menjadikan “Kuasa Udara Yang Unggul” sebagai perisai kepada kedaulatan negara.

Diharapkan intipati khutbah tersebut mampu meningkatkan semangat seluruh warga PU GK khususnya dan penduduk setempat bagi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Inilah juga yang menjadi gagasan harapan dan impian Angkatan Masa Hadapan bagi mendokong konsep Pertahanan Komprehensif dan Keselamatan Menyeluruh (Comprehensive Security).

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer