ALOR SETAR, 29 Ogos 22 - Selepas berjaya meraih kejuaraan pada Kejohanan Bina Badan di Sukan Antara Perkhidmatan Tahun 2022, pasukan Bina Badan TUDM telah menghantar lima (5) anggota atlet bagi mewakili pasukan ATM dalam Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr. Malaysia 2022 yang diadakan pada 26 hingga 29 Ogos 22 di Hotel Grand Alora, Kedah.
Kejohanan ini adalah merupakan anjuran Malaysia Body Building Federation (MBBF) dengan kerjasama Persatuan Bina Badan Negeri Kedah.
Kejohanan ini dilaksanakan secara gilang gemilang setelah hampir 2 tahun tidak dipertandingkan akibat penularan wabak COVID-19 dan kejohanan ini melibatkan penyertaan atlet daripada kesemua 14 negeri.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet ATM secara khususnya buat atlet TUDM kerana telah berjaya merangkul Juara Keseluruhan pada kejohanan edisi kali ini. Antara pencapaian yang diperolehi oleh atlet TUDM adalah tiga (3) pingat emas, satu (1) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa. Lebih membanggakan lagi apabila atlet bina badan TUDM iaitu Kpl U Zainal Arif bin Zainal Ariffin telah berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Light Middle (75kg-80kg) dan Juara Keseluruhan iaitu Champion of Champion bagi kejohanan kali ini.
Berikut merupakan keputusan bagi penyertaan altet TUDM:
1. Nama: Kpl U Zainal Arif Bin Zainal Ariffin
Kategori: Light Middle 75kg-80kg
Tempat: Johan kategori dan Juara Keseluruhan (Champion of Champion)
2. Nama: Flait Sjn Ahmad Basri bin Ahmad Rahimi
Kategori: Men Physique Below 167CM
Tempat: Ketiga
3.Nama: Sjn U Muammar gaddafi Bin Muhamad Hussain
Kategori: Men Physique 182cm Above
Tempat: Johan
4. Nama: Kpl U Mohamaddif Bin Ag.Emran
Kategori: Men Physique 167cm-176cm
Tempat: Naib Johan
5. Nama: Kpl U Muhammad Izzat Bin Mislan
Kategori: Flyweight 55kg-60kg
Tempat: Johan
Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang bertanding. Semoga atlet bina badan TUDM terus cemerlang dan berjaya menggapai kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi dimasa hadapan.