KUANTAN, 29 Ogos 22 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan perbarisan Komandan INSPRA bagi penggal kedua dan ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia yang akan disambut pada 31 Ogos 22. Perbarisan ini bertempat di Padang Kawad INSPRA.
Perbarisan ini terdiri daripada lima Flait yang melibatkan tujuh (7) pegawai dan 319 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Muhamad Firdaus bin Nordin TUDM dan Ajutan Perbarisan, Kapt Umar Azizi bin Ramli TUDM manakala PW Perbarisan pula ialah PW U I Helmi bin Abdul Hamid.
Acara dimulakan dengan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM. Beliau turut menyampaikan ucapan Hari Kemerdekaan ke-65 iaitu ‘’Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’’ merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, manakala Teguh Bersama adalah kekuatan dan kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan. Beliau turut mengingatkan kepada semua warga INSPRA supaya sentiasa menyemai semangat Patriotisme di dalam diri masing-masing.