PROGRAM JIWA MURNI - DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API DI SMK GUNUNG RAPAT

IMG 20220827 WA0014 IMG 20220827 WA0016 IMG 20220827 WA0017

 

IPOH, 27 Ogos 22 - Cawangan Bomba Akademi Tentera Udara (ATU) telah melaksanakan Program Jiwa Murni melalui aktiviti demonstrasi penggunaan Alat Pemadan Api (APA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh. ATU telah dijemput selaku unit penaung bagi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Udara (PKBM U) di semua sekolah sekitar kawasan Ipoh.

Demonstrasi ini diadakan bersempena sambutan Hari Ko-kurikulum, Hari Koperasi dan Hari Terbuka Asrama sekolah tersebut yang turut menjemput beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Hospital Bahagia Ulu Kinta dan beberapa badan bukan kerajaan lain yang turut serta menjayakan program berkenaan.

Seramai 3 orang anggota Bomba ATU terlibat semasa pertunjukan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan APA itu. Mereka adalah Sjn U Abdul Hakim bin Shaari, Kpl U Muhammad Nur Asyraf bin Mohd Rom dan LU I Sivachandran a/l Ganisan. Program ini bertujuan melahirkan individu yang aktif, berdaya tahan, cergas dan cerdas di samping memperkembang potensi diri demi kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara melalui kegiatan ko-kurikulum di luar waktu pembelajaran akademik.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer