HARI PERAJURIT MUDA UDARA BERSAMA KELUARGA

DSC 0328 DSC 0337 DSC 0447

 

IPOH, 28 Mei 23 - Sambutan Hari Perajurit Muda Udara Bersama Keluarga anjuran Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM), Akademi Tentera Udara (ATU) telah diadakan selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Mei 23. Program seumpama ini dijalankan secara berperingkat dengan penggiliran antara flait Alpha, Bravo dan Charlie. Sambutan ini bermula pada jam 0800 dan berakhir pada jam 1800 bertempat di Kolam Komandan ATU.

Sambutan ini telah dihadiri oleh keluarga serta waris PjM U Siri 66/23. Objektif Hari Keluarga ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memberikan suntikan moral kepada PjM U setelah menjalani latihan hampir tiga (3) bulan tanpa berjumpa dengan ahli keluarga. Ianya adalah seiring dengan Strategik TUDM, 'Work Life Balance'. Antara pengisian aktiviti yang diadakan adalah aktiviti berkayak, riadah santai serta pelbagai gerai jualan sepanjang sambutan ini berlangsung. Semua yang hadir dapat melakukan aktiviti bebas bersama keluarga masing-masing seperti berkelah dan beramah mesra antara keluarga masing-masing.

Sambutan ini juga turut diserikan dengan kehadiran barisan eksekutif diketuai Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Junairi bin Baharom TUDM, serta staf serta anggota sokongan yang lain. Secara keseluruhannya, sambutan Hari PjM U Bersama Keluarga mendapat sambutan yang baik dan berjalan lancar serta mencapai objektif yang disasarkan seiring dengan Tonggak ke-6 Perintah Ulung Panglima Tentera Udara (PTU) ke-20 iaitu Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga.