BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SIRI 3/2023 ZON SABAH DAN SARAWAK

PIC BENGKEL HRMIS ZON SABAH SARAWAK 1 PIC BENGKEL HRMIS ZON SABAH SARAWAK 2 PIC BENGKEL HRMIS ZON SABAH SARAWAK 3
PIC BENGKEL HRMIS ZON SABAH SARAWAK 7 PIC BENGKEL HRMIS ZON SABAH SARAWAK 8 PIC BENGKEL HRMIS ZON SABAH SARAWAK 9

 

KUALA LUMPUR, 30 Mei 23 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan Human Resource Management Information System (HRMIS) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 3/2023 Zon Sabah dan Sarawak. Bengkel ini yang dikoordinasikan oleh Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah diadakan di Makmal Komputer AMSS, Bahagian Siber dan Elektronik Pertahanan (BSEP) selama 2 hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 23 secara kelas pembelajaran dan hands on system. Ianya dikhaskan kepada pegawai dan anggota LLP yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan HRMIS ATM bagi Pengurusan Sumber Manusia seluruh warga TUDM di Markas/Pangkalan Unit TUDM.

Objektif utama bengkel ini adalah bagi memantapkan lagi pengendalian HRMIS ATM di setiap pasukan melalui latihan yang diberikan serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran penggunaan HRMIS ATM sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian. Senarai pasukan terlibat pada bengkel kali ini adalah MAWILUD 2, PU Labuan, PU Kuching PUKALUB Kota Kinabalu, INSMAT, Skn 323 TUDM dan Skn 330 TUDM. Seramai 20 peserta terdiri daripada (6 pegawai dan 14 LLP) telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel ini dengan jayanya.

Skop pengajaran pada hari pertama adalah berkaitan dengan tahap pemahaman HRMIS ATM, pengenalan dan praktikal modul-modul di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT) dan Perolehan Sumber Manusia (Permohonan Pertukaran). Seterusnya, skop pada hari kedua meliputi Modul Penilaian Kompetensi, Pembangunan, Perkhidmatan Maklumat dan Pengurusan Elaun Tuntutan dan Faedah (Pengurusan Perubatan/EGL/DKT).

Setelah selesai mengikuti proses pembelajaran dan hands on system, peserta diuji dengan soalan-soalan berdasarkan modul yang telah diberi pendedahan. Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan peserta di dalam mengendalikan sistem HRMIS ATM dan secara keseluruhannya peserta dapat menguasainya dengan baik. Bengkel ini berakhir dengan sesi soal jawab di antara Tim HRMIS TUDM dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan HRMIS ATM.