WARGA NO 10 SKUADRON DISAMBUT MERIAH OLEH AHLI KELUARGA

350122976 918949119194567 413470451738927787 n 350260599 645312397464701 5400871584836295356 n 350269160 171150632310720 3667732702983721435 n
350278437 798447721683925 558240963170980951 n 350287894 275236874956316 7774550459772877306 n 350334125 977772530085442 5701142076766129160 n
350491719 712703337323901 2963794839553612945 n 350495027 253618867256970 931103062989269331 n 350514859 270701425416537 2004637780291347640 n

 

KUANTAN, 28 Mei 23 – Setelah hampir 3 minggu berjauhan dengan ahli keluarga, kini wira-wira warga 10 Skuadron yang terlibat dengan Pameran LIMA ’23 telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Ketibaan mereka ini telah disambut dan diraikan oleh ahli keluarga warga No 10 Skuadron.

Terdahulu 6 buah pesawat EC 725AP yang terlibat dalam dalam pertunjukan udara dan pameran statik di LIMA ’23 ini telah tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada lebih kurang jam 4.15 petang dengan melakukan running in secara formasi sebagai simbolik berakhirnya Pertunjukan Udara LIMA ’23 dengan jayanya. Kepulangan pesawat-pesawat EC 725AP ini juga telah disambut meriah dengan water salute yang disediakan oleh Unit Bomba PU Kuantan.

Seluruh ahli keluarga berasa amat teruja dan terharu diatas kerja keras serta jasa bakti yang telah ditaburkan oleh wira-wira ini. Semoga seluruh warga No 10 Skuadron dapat mengekalkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain disamping menjaga keharmonian dan kesejahteraan serta budaya kerja yang sihat dan kondusif. Syabas dan tahniah buat semua warga No 10 Skuadron!