![]() |
![]() |
ALOR SETAR, 27 Februari 2025 - Dewan Makan Mes Ahli Udara Kolej Tentera Udara telah memenangi Anugerah Aspirasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sebagai Dewan Makan Institusi Pengajian Tinggi Awam Terbaik oleh Jabatan Kesihatan Daerah Alor Setar Kedah bagi tahun 2024.
Penganugerahan ini diberikan kepada Syarikat Komatra Sajian Sdn Bhd yang merupakan pengusaha sajian bagi Dewan Makan Kolej Tentera Udara dalam menyediakan sajian kepada anggota dan penuntut kursus.
Anugerah Aspirasi tersebut telah diterima pada Majlis Sempena Taklimat Pencegahan Keracunan Makanan daerah Kota Setar dan Pokok Sena di Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BPTN), Alor Setar, Kedah. Dalam Majlis Anugerah tersebut, wakil daripada pihak pengurusan sekolah dan IPTA serta pengusaha kantin dan dapur asrama disekitar Alor Setar telah hadir. Anugerah tersebut telah memberi contoh kepada pengusahan kantin dan dapur asrama dalam menitik beratkan aspek keselamatan makanan dalam menghasilkan makanan yang bersih dan selamat serta dapat mengawal berlakunya isu keracunan makanan.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Epidemiologi, PKD Kota Setar Dr Fatin Aina binti Abu Bakar kepada Pengurus Outlet Komatra Sajian Sdn Bhd. Tahniah kepada pihak pengurusan Syarikat KOMATRA serta Pengurusan Kolej Tentera Udara (KTU) di atas penganugerahan yang diperolehi dan dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada pengurusan Mes Ahli Udara yang lain dalam memastikan tempat makan serta mutu sajian ditahap yang terbaik kepada anggota TUDM.