KUANTAN, 15 Ogos 23 - Lawatan kerja delegasi School Of Air Traffic Control (SATC) Royal Australia Air Force (RAAF) yang telah dilaksanakan di Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).
Lawatan ini merupakan salah satu program yang didaftarkan dalam “Program Term of Reference (ToR) Sister School” yang dipersetujui semasa persidangan “Air Staff Talk” (AST) Siri ke-11 di Sydney, Australia pada 18 Okt 19. Delegasi dari SATC, RAAF diketuai oleh WGCDR Peter Clark, Pegawai Memerintah SATC dan diiringi oleh SQNLDR Michael Jones, Pegawai Eksekutif SATC. Ketibaan delegasi SATC telah disambut oleh Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Lt Kol Mohamad Hasry bin Azhar TUDM.
Dalam program lawatan ini kedua-dua angkatan udara TUDM dan RAAF telah berkongsi maklumat dan berbincang mengenai kerjasama strategik serta pembangunan latihan kawalan trafik udara bukan sahaja di SKTU, malah di SATC pada masa hadapan.
Rombongan delegasi juga turut dibawa melawat kemudahan latihan seperti “Aerodrome Control Training Simulator” (ACTS), “Radar Simulator System” (RSS) dan “Self Training Facilities” (STF).
Lawatan kerja rasmi ini adalah sebagai tanda hubungan akrab di antara kedua-dua angkatan udara TUDM dan RAAF yang memberi manfaat bersama di bawah Program Pertahanan Bersama Malaysia Australia (MAJDP).