KUANTAN, 19 Ogos 23 – Seramai 38 orang staf yang terdiri daripada Mawilud 1 dan peserta Kursus INSPRA telah melaksanakan program jiwa murni dengan mengadakan gotong-royong di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan. Program yang dilaksanakan ini turut melibatkan kerjasama diantara pihak sekolah, PIBG dan Maybank.
Program Jiwa Murni yang bermula pada jam 0830 pagi dan tamat pada 1430 petang ini melibatkan gotong-royong pembersihan kawasan sekeliling sekolah termasuk memotong pokok, mengecat bangunan dan membersihkan kawasan landskap.
Objektif utama program yang dilaksanakan ini diadakan bagi membina jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi melalui aktiviti gotong royong, membantu membersihkan institusi sosial seperti sekolah. Selain itu juga, program ini dapat membentuk sahsiah diri anggota TUDM, seterusnya mencerminkan tahap disiplin dan komitmen anggota dalam membantu komuniti setempat.