KUANTAN, 7 Ogos 23 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan satu taklimat One Stop Centre berkenaan salah laku jenayah tubuh badan, penyalahgunaan dadah dan buli bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM). Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Kanan PW U II Wan Mohd Siddiq bin Wan Zulkefli dari CPJ Zon Timur yang turut dihadiri oleh Pegawai Keselamatan INSPRA, Mej Mohd Sani bin Zakariya TUDM, Jurulatih Pegawai, Pegawai Waran-Pegawai Waran serta barisan Jurulatih LLP.
Taklimat ini telah disertai seramai 70 orang peserta kursus yang terdiri daripada penuntut Kursus Air Surveillance Supervisor Course (ASSC) Siri 83/23, Air Surveillance Technician Cource (ASTC) Siri 53/23, Advance Aero Fire Fighter (AAFC) Siri 76/23 dan Communication Operator Course (COC) Siri 15/23. Taklimat yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran serta penekanan tentang salah laku jenayah yang sering berlaku di kalangan peserta kursus dan anggota TUDM. Penekanan ini sejajar dengan pengarahan pucuk pimpinan tertinggi TUDM yang terkandung di dalam Direktif Panglima Tentera Udara, Akta dan Warta yang boleh menjejaskan imej dan kerjaya seseorang anggota dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khasnya.
Justeru itu, taklimat tersebut dapat memberi penerangan dan langkah-langkah pencegahan awal kepada semua anggota agar tidak sesekali terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, jenayah salah laku tubuh badan dan buli dimasa akan datang.