TUDM LAKSANAKAN PENGHANTARAN BEKALAN MAKANAN ASAS KEPADA MANGSA BANJIR DI SIMPANG RENGGAM, JOHOR

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

SIMPANG RENGGAM, 9 Mac 23 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penghantaran bekalan makanan asas kepada penduduk sekitar kawasan Simpang Renggam,iaitu antara kawasan yang turut terjejas teruk akibat bencana alam banjir yang melanda negeri Johor.

Prihatin dengan nasib mereka yang ditimpa musibah banjir tersebut, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah turun padang bagi melihat dan menyalurkan sumbangan kepada penduduk di kawasan yang terjejas yang amat memerlukan bantuan pada ketika ini. Di dalam masa yang sama, beliau turut serta melihat usaha-usaha bantuan diberikan di samping memberikan semangat serta sokongan moral kepada anggota-anggota yang bertugas dengan penuh komitmen menjalankan misi dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

16 17 18
19 20 21
22 23 24
25 26 27
28 29 30

 

Panglima Tentera Udara yang turut diiringi oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam, Johor dengan helikopter EC 725 AP dari No 10 Skn yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang. Sebanyak 99 kotak barang makanan keperluan asas terdiri daripada beras, sardin, kopi, gula dan tepung telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain daripada itu, Panglima Tentera Udara turut meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di kawasan terlibat. Semoga tanggungjawab sosial TUDM ini dengan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mereka yang terjejas dan menzahirkan keprihatinan TUDM untuk sentiasa membantu masyarakat yang ditimpa musibah serta memerlukan bantuan.