TUDM ATUR GERAK DUA PESAWAT C130H HANTAR BANTUAN MAKANAN KE W.P LABUAN

195486285 4154353954652219 2529328598193906412 n 197939889 4154353711318910 470923925656404271 n 198189809 4154353911318890 7806742090465092720 n
197818459 4154353824652232 5094014916468316128 n 198701999 4154354021318879 8785318958390346422 n 198840032 4154353747985573 240002161280889770 n

 

SUBANG, 19 Jun 21 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatur gerak dua buah pesawat angkut C130H dari No. 20 Skuandron pada hari ini bagi meneruskan misi membantu menghantar bekalan makanan ke Wilayah Persekutuan Labuan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 15 Jun 2021 berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

Bantuan penghantaran bekalan makanan menerusi kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia (KWPM) dan TUDM ini adalah penerbangan kedua yang mana semalam TUDM telah berjaya melaksanakan misi ini dengan membawa 4 tan bekalan makanan.

Proses memuatnaik barangan ini telah dimulakan pada jam 7.00 pagi tadi melibatkan kedua-dua buah pesawat C130H sebelum sebelum pesawat pertama berlepas pada jam 9.20 pagi dan pesawat kedua pada jam 11.00 pagi. Proses muatnaik barang-barang telah dilaksanakan oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dengan kerjasama loadmaster pesawat C-130H. Penghantaran bekalan kit makanan asas terdiri daripada pek beras, tepung gandum, gula dan minyak masak kemudiannya diserahkan kepada Perbadanan Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat W.P Labuan bagi tujuan agihan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti. Penerbangan "log comm" hari ini membawa kira-kira 11.754 tan keseluruhannya.

Kedua-dua pesawat tersebut telah mengambil masa 3 jam 30 minit ke W.P Labuan dan masing-masing selamat mendarat di Pangkalan Udara Labuan pada petang tadi. Proses memuat turun barang-barang telah dilaksanakan sejurus pesawat mendarat melibatkan anak kapal pesawat C130H bersama anggota TUDM Pangkalan Udara Labuan.

Seramai 16 anak kapal telah terlibat untuk misi penghantaran pada hari ini. Pesawat pertama dikendalikan olej Mej Norlela binti Harun TUDM serta Kapt Mohamad Irwan bin Kamarudzaman TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapt Ahmad Aslam Hadi bin Hassan TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain terdiri daripada jurutera penerbangan, Mej Muhammad Khairi bin Khamis TUDM; jurumalim pesawat, Kapt Mohd Adreen Nujjaid bin Mohd Khairul Nizam TUDM; dua (2) orang loadmaster iaitu PW U II Mohd Osman bin Sareh serta FSjn Muhammad Shukor bin Zainon dan tiga (3) orang pramugari iaitu PW U II (W) Azneeta binti Abdul Latif, Sjn U (W) Suhada Ameera Hanis binti Kamal dan Sjn U (W) Nur Akhmar Ezira binti Mohd Yusof.

Manakala pesawat kedua diterbangkan oleh Mej Ravin a/l Vijayan TUDM dan dibantu oleh Kapt Muhammad Nursaidi bin Mohd Dzali TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain ialah jurutera penerbangan, Mej Mohd Helmee b Mostapa TUDM; jurumalim pesawat, Kapt Nor Sazmil b Nor AzmanTUDM dan dua (2) orang loadmaster iaitu FSjn Wahiyudin bin Wahid serta Sjn U Muhammad Shafiq bin Norjali.

Sebagai organisasi di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut terlibat sebagai barisan hadapan, TUDM akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan bersiap sedia sebilang masa untuk melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang perlu bagi memastikan negara dan masyarakat sentiasa dalam keadaan selamat serta sejahtera dalam mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda pada masa ini sehingga seluruh negeri diumumkan PKP.

Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada semua anak kapal No. 20 Skuadron, anggota Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Labuan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan dan melancarkan proses penghantaran bekalan makanan yang dilaksanakan ini.