KUALA LUMPUR, 22 Feb 22 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada lapan orang Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan.
Kesemua lapan pegawai kanan berpangkat Mej TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Lt Kol TUDM mulai 19 Jan 22 iaitu:
1. Mej Zulkifli bin Ridzuan Harry TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 1 OPEKS di Markas Pemerintahan Operasi Udara.
2. Mej Hassan Basri bin Tajul Arifin TUDM yang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah di No 2 Skuadron.
3. Mej Megat Faridal bin Mohd Toff TUDM yang memegang jawatan sebagai Ketua Cawang K&L di JAMCC Sepang.
4. Mej Lua Pei Ting TUDM yang memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Kejuruteraan di KTU Alor Setar.
5. Mej Nesam Banu binti Mohammad Fahmi TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 2 Rancang A4 Bahagian Sukarela Syarat Perkhidmatan Cawangan Tenaga Kerja di MATM Bahagian Perkhidmatan Anggota.
6. Mej Jamaludin bin Juma’at TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 1 Rekod Dan Dokumentasi, Seksyen Rekod dan Pangkalan Data di MTU Bahagian Sumber Manusia.
7. Mej Mohd Subri bin Mohamed Isa TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 2 Muzik Sel Istiadat di MATM Bahagian Perkhidmatan Anggota.
8. Mej Zul Izuddin bin Ismail TUDM yang memegang jawatan sebagai PS 2 Psikologi di MTU Cawangan Perkhidmatan.
Seluruh warga TUDM mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kenaikan pangkat ini juga membuktikan kepercayaan pucuk pimpinan TUDM di atas dedikasi dan komitmen kerja yang telah dilaksanakan.