SUBANG, 22 Februari 2022 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Commander Washington Air National Guard, United States Air Force (USAF), Brigadier General Gent Welsh bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), hari ini. Turut sama semasa kunjungan hormat tersebut, Ketua Staf MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM.
Brigadier General Gent Welsh turut dibawa melawat galeri MPOU yang merekodkan gambar-gambar sejarah pengoperasian dan eksesais yang dikendalikan oleh MPOU.