TIGA PEGAWAI KANAN TUDM SELESAI LAKSANAKAN MISI TPA M-15

WhatsApp Image 2021 04 23 at 120217 PM WhatsApp Image 2021 04 23 at 120214 PM WhatsApp Image 2021 04 23 at 120216 PM
WhatsApp Image 2021 04 23 at 120215 PM WhatsApp Image 2021 04 23 at 120216 PM 1 WhatsApp Image 2021 04 23 at 120200 PM

WhatsApp Image 2021 04 23 at 120217 PM 1

 

KUALA LUMPUR, 23 April 2021 - Tiga (3) pegawai kanan TUDM adalah antara individu yang terlibat dengan penugasan Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-15 (TPA M-15) bagi melaksanakan misi memantau keamanan, aspek kemanusiaan dan pembangunan sosio ekonomi di wilayah tersebut.

Mereka adalah Brig Jen Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM yang membuat tugas sebagai Timbalan Ketua Misi serta Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM dan Lt Kol Mohd Khairul Anuar bin Ibrahim TUDM yang membuat tugas Ketua Penempatan dan Timbalan Ketua Penempatan bagi misi tersebut.

TPA M-15 ini yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah telah digantikan oleh TPA M-16. Majlis Transfer of Authority di antara TPA M-15 dengan TPA M-16 telah dilaksanakan pada 10 April 2021 yang lalu di Mindanao dan disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM. TPA M-15 telah selamat kembali ke tanah air pada malam 10 April 2021 dan seterusnya menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.

Majlis Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-15 pada hari ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Wisma Perwira ATM. Beliau turut menyempurnakan pemakaian Lencana Combat Kagitingan iaitu lencana yang dianugerahkan oleh Angkatan Tentera Filipina kepada TPA M-15 di atas keberanian dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang melaksanakan misi di Mindanao. Turut hadir pada majlis ini adalah Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi dan Strategi, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hamid TUDM bagi mewakili Panglima Tentera Udara.

Selama kira-kira 13 bulan, TPA M-15 telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Mindanao. Sedikit sebanyak, kejayaan-kejayaan yang dicapai ini telah meningkatkan lagi imej negara Malaysia sebagai sebuah negara pendamai yang berkaliber dan boleh dipercayai. Lebih pentingnya, keamanan dan kesejahteraan yang wujud ini turut menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan negara-negara jiran terutamanya Malaysia.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada TPA M-15 setelah menabur bakti di persada antarabangsa dan mengharumkan imej Malaysia dan ATM amnya dan TUDM khususnya.