SEMINAR PEJUANG TUDM TAHUN 2021

241288036 228617935976348 384612055262081424 n 244287329 228618499309625 8794815826989904737 n 241519110 228618462642962 4275505359595846018 n
241281197 228617962643012 3844639406293568930 n 241270319 228617812643027 521045250013710347 n 240603335 228617699309705 5606419440934047766 n

 

PAHANG, 1 Oktober 2021 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah mengadakan sesi dialog bersama para peserta seminar dan menyempurnakan penutup Seminar Pejuang TUDM Tahun 2021. Dialog turut disertai bersama oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Muhammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Terdahulu, pembukaan seminar telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM. Seminar ini dihadiri oleh pegawai daripada markas, unit serta skuadron di bawah naungan TUDM dan juga ATM. Seminar kali ini bertemakan ‘TRANSFORMING TOWARDS CAP 55’ yang pada dasarnya bertujuan sebagai transformasi anak kapal pejuang selari dengan perancangan TUDM di dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau lebih dikenali RMAF CAP 55. Antara objektif seminar ini adalah memberi motivasi kepada juruterbang pejuang khususnya generasi baharu TUDM untuk lebih komited dan turut terlibat serta di dalam memberi idea, perkongsian pendapat dan pengetahuan di dalam memperkasakan TUDM demi mencapai visi dan misi TUDM.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 September 2021 telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta sebagai platform yang mengumpulkan para pegawai khususnya cawangan juruterbang pejuang ke arah perancangan hala tuju dan mencapai resolusi bersama.