SEMINAR PEGAWAI KANAN MATERIEL KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN BERPAKSIKAN RMAF CAP 55

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

IPOH, 23 Nov 22 – Markas Tentera Udara - Bahagian Materiel telah menganjurkan Seminar Pegawai Kanan Materiel Tahun 2022 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh pada 21 hingga 23 Nov 22 melibatkan seramai 63 peserta Pegawai Kanan Materiel yang terdiri daripada Ketua Cawangan Materiel, Pegawai Memerintah, Ketua MATRA, Ketua Terminal Peluru dan Pegawai Staf 1 di peringkat Markas.

Seminar ini dilaksanakan sebagai satu forum untuk membincangkan secara bersepadu mengenai prestasi pengurusan Materiel di semua peringkat organisasi TUDM. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan juga dibincangkan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan selain dari memastikan dasar dan polisi, pembangunan sumber manusia dan kesediaan infrastruktur materiel berada di tahap yang terbaik serta selari dengan keperluan semasa.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Pada sesi kali ini juga turut dibentangkan pencapaian prestasi Materiel berdasarkan laporan pemeriksaan audit Inspektorat TUDM bagi tahun 2022 dan Program Pembangunan Materiel daripada MTU-SISMAT secara keseluruhannya. Di samping itu, taklimat kertas kerja melibatkan hala tuju, cabaran dan pelan tindakan jangka masa pendek serta jangka masa panjang bagi Cawangan Materiel berpaksikan kepada perancangan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (RMAF CAP55) serta Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-20 turut disampaikan daripada wakil Kementerian Kewangan Malaysia, MPOU, MPBU dan DMU selain kupasan Matlamat AKS Materiel ke-18 daripada Ketua kumpulan yang dilantik.

19 20 21
22 23 24

 

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM turut hadir pada hari terakhir seminar bagi program sesi dialog bersama peserta. Sepanjang sesi dialog, Panglima Tentera Udara berkongsi idea, pendapat serta pengalaman dengan para peserta bagi memastikan relevansi Tred Materiel dalam merealisasikan hasrat CAP55 dan pucuk pimpinan. Panglima Tentera Udara turut menekankan agar tahap pengetahuan, kepakaran, proses kerja, dasar dan polisi Tred Materiel perlulah dinamik dan bergerak selari dengan peningkatan aset dan perkembangan semasa di samping meningkatkan tahap integriti dalam pengurusan perolehan dan kewangan. Panglima Tentera Udara seterusnya merasmikan Majlis Penutup Seminar Pegawai Kanan Materiel Tahun 2022 setelah selesai sesi dialog.

25 26 27
28 29 30

 

Semoga segala perkongsian idea dan ilmu pengetahuan di sepanjang seminar ini dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan sebagai panduan di dalam melaksanakan tugas demi kecemerlangan organisasi.

#CAP55
#SentiasaDiAngkasaRaya
#WargaUdara