RETREAT ATM TAHUN 2021 KE ARAH PEMERKASAAN ATM

WhatsApp Image 2021 04 01 at 154340 WhatsApp Image 2021 04 01 at 154341 WhatsApp Image 2021 04 01 at 154342
WhatsApp Image 2021 04 01 at 154342 1 WhatsApp Image 2021 04 01 at 154342 3 WhatsApp Image 2021 04 01 at 154343

 

KUALA LUMPUR, 1 April 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bersama kumpulan pengurusan tertinggi TUDM serta panglima perkhidmatan dan pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM telah berkongsi perancangan hala tuju masing-masing untuk mencapai resolusi bersama di dalam Retreat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2021 yang diadakan selama dua hari bermula pada 31 Mac 21 hingga 1 April 21 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Pembukaan Retreat ATM 2021 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM semalam.

Objektif penganjuran retreat ini adalah sebagai medium percambahan, perkongsian idea dan perbincangan pelbagai aspek strategik terutamanya menilai pencapaian tahun 2020 serta membincangkan Hala Tuju Strategik ATM 2021 dalam mendukung aspirasi Kertas Putih Pertahanan di samping memperkasakan ATM sebagai entiti yang menunjangi kedaulatan dan keutuhan negara dan aspirasi untuk menjadi sebuah Angkatan Masa Hadapan yang ampuh.

PAT di dalam ucapan pembukaannya telah menyatakan agar segala yang dilalui sepanjang 2020 perlu diambil sebagai "lesson identified" dalam menambah baik perancangan tahun 2021 dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi organisasi ke tahap yang lebih membanggakan. Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga ATM yang bersama-sama mengharungi cabaran tahun 2020 yang mencabar dan memberi kesan kepada negara dan dunia.

Pembentangan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Retreat selama dua hari ini menjadi penggerak ke arah meningkatkan keupayaan ATM secara berterusan dan memartabatkan nama Angkatan Tentera Malaysia secara holistik.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer