SUBANG - Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara atau Jemaah BAKAT Udara (JBU) telah melaksanakan Program Solat Tasbih, Solat Dhuha dan Taddabbur BAKAT Udara bertempat di Rumah BAKAT pada 31 Mac 23.
Program pengisian kerohanian anjuran Biro Agama JBU ini telah dimulakan dengan Solat Tasbih dan Solat Dhuha yang dipimpin oleh Ustazah Hafizah dari Markas Tentera Udara (MTU). Program telah disempurnakan dengan sesi Tadabbur Al-Quran dihadiri oleh Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara turut melibatkan kira-kira 38 orang ahli JBU dan AJKK serta ahli BAKAT Udara di sekitar Lembah Klang iaitu BAKAT MTU, BAKAT BOB, BAKAT Subang dan BAKAT Jugra.
Program bersempena Ramadan 1444H kali ini bukan sekadar merupakan pengisian jiwa, namun secara tidak langsung menyuburkan program-program ilmu dan merapatkan ukhwah sesama ahli.