![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 2 Feb 24 - Sel Agama Markas Tentera Udara telah menganjurkan Program Kerohanian Islam melalui ceramah keagamaan sempena sambutan Israk Mikraj bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada pagi ini. Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memperingati satu peristiwa penting bagi umat Islam yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi orang-orang muslim dan ia kekal terpahat dalam lipatan sejarah Islam.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ceramah agama ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhly Hasbullah @ Ustaz Manis yang bertajuk “Radar Syurga: Rahsia Tujuh Petala”. Ceramah yang berlansung selama 1 Jam telah dihadiri oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta Pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan anggota beragama Islam yang bertugas di Markas Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Sendayan.
Turut hadir, isteri Panglima Tentera Udara merangkap Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; isteri Timbalan Panglima Tentera Udara, Datin Seri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; isteri Panglima Operasi Udara, Datin Dr Halina binti Haron; isteri Panglima Bantuan Udara, Puan Dewimastura binti Tumiran serta ahli-ahli BAKAT Udara.