Subang, 5 Feb 24 – Mesyuarat Agung Tahunan Jemaah BAKAT Udara bagi Tahun 2024 telah diadakan di Rumah BAKAT Udara hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan telah melibatkan Jemaah BAKAT Udara (JBU) dan Pengerusi-Pengerusi BAKAT Markas/Pangkalan/Unit.
Ketibaan Pengerusi JBU telah disambut oleh Jemaah BAKAT Udara dan AKS Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM selaku penasihat Jemaah BAKAT Udara.
Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi JBU dan diteruskan dengan semakan serta meluluskan minit Mesyuarat Agung bagi Tahun 2023. Turut dibentangkan dan dibincangkan sebagai agenda mesyuarat adalah Ringkasan Perlaksanaan Aktiviti BAKAT Udara bagi Tahun 2023, Pembentangan Laporan Kewangan BAKAT Udara, Ringkasan Penggunaan Peruntukan Kewangan KSSKA bagi Tahun 2023 dan Panduan Penggunaan Duit Tabung BAKAT Udara.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan penetapan dan pelantikan barisan Jemaah BAKAT Udara bagi Tahun 2024 dan pembentangan perancangan aktiviti BAKAT Udara bagi tahun 2024. Selain itu, turut dibentangkan perancangan dan penugasan aktiviti BAKAT ATM bagi tahun 2024. Meneruskan mesyuarat, Pengerusi JBU telah menjelaskan 16 ketetapan yang perlu diberi perhatian oleh semua Jemaah BAKAT Udara, Pengerusi-Pengerusi BAKAT Markas/Pangkalan/Unit serta ahli BAKAT Udara.
Sebelum mengakhiri Mesyuarat Agung Tahunan Jemaah BAKAT Udara Tahun 2024, turut berlangsung sesi penyampaian sumbangan kepada pesakit-pesakit kronik kepada BAKAT Markas/Pangkalan/Unit yang disempurnakan oleh Pengerusi JBU.
#Kebajikan
#Profesionalisme
#Jemaah BAKAT Udara
#BAKATUdara
#BAKATATM