PERUTUSAN TAHUN BAHARU MINDEF 2024 OLEH MENTERI PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 9 Jan 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan TUDM telah menghadiri dan turut sama mendengar Perutusan Tahun Baharu MINDEF 2024 yang diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan, hari ini.

Perutusan Tahun Baharu MINDEF 2024 yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ini merupakan satu medium bagi menjelaskan perancangan dan hala tuju KementerianPertahanan serta hasrat beliau selaku peneraju Kementerian bagi tahun 2024.

Dalam ucapan beliau, YB Menteri Pertahanan berharap semua warga ATM dan Kementerian agar menanamkan niat dan iltizam yang akan mengisi tahun 2024 dengan harapan tahun ini menjadi tahun yang lebih baik.

Dalam amanatnya, beliau memfokuskan lima (5) fokus utama yang menjadi tunjang kepada perutusan bagi tahun ini seperti berikut:

1. Memastikan sistem pertahanan negara bukan sahaja sentiasadalamkeadaan bersedia, tetapi dihormati kawan dan lawan.
2. Membangunkan dan mengemas kini perancangan pertahanan yanglebihterkini.
3. Kebajikan dan pembangunan kapasiti.
4. Patriotisme sebagai benteng pertahanan terbaik negara.
5. Malaysia dan keamanan sejagat.

10 11 12
13 14 15

 

Dalam masa yang sama, turut diadakan Memorandum Persefahaman(MoU)antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Institut Integriti Malaysia. Objektif MoU tersebut ialah untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalamprogram-program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam juga sektor korporat di Malaysia. Seterusnya sebagai usaha sama dalam penglibatan sektor awamdan sektor korporat bagi menjadi ahli kepada Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Turut hadir ke menyaksikan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak; Panglima AngkatanTentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan Pegawai-Pegawai Kanan perkhidmatan serta anggota ATM.