![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 9 Jan 24 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Operasi Udara, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Brig Jen Ivan John Row TUDM di pejabat TPTU, hari ini.
Kunjungan hormat oleh Brig Jen Ivan John Row TUDM adalah sebagai memperkenalkan diri beliau selaku Pengarah Operasi Udara, ESSCOM yang baharu.