PENUTUP LATIHAN TACTICAL OPERATION (Eksesais TACOP) SIRI 1/21

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 7 Mac 2021 – Penutup Latihan Tactical Operation (Eksesais TACOP) Siri 1/21 telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM bertempat di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang. Turut hadir Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM, Pegawai Eksekutif Pangkalan dan peserta eksesais.

Panglima Wilayah Udara 1 menzahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan semua elemen yang terlibat di mana Eksesais TACOP telah memenuhi keperluan penilaian KUDA KUAT (Eksesais JAGUH) malahan turut menjayakan "Latihan Tiger Leap" dan "Stallion Pack" bagi Tentera Darat Malaysia.

Gabungan segala elemen tersebut menjadikan satu eksesais yang berjaya disepadukan khususnya dalam menilai tahap sokongan pelaksanaan suatu misi, terutama sekiranya konflik sebenar berlaku.

Dalam pada itu, taklimat eksesais telah disampaikan oleh AKS A7 Markas Wilayah Udara 1, Lt Kol Azhar bin Abdul Rahman TUDM selaku Pengarah Eksesais. Eksesais yang dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) anjuran Markas Wilayah Udara 1 ini telah bermula pada 27 Feb 21 dan tamat pada 7 Mac 21. Secara keseluruhannya, eksesais ini dapat diintegrasikan dengan baik dan lancar dengan komitmen tinggi semua peserta dan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga.
Sentiasa Di Angkasa Raya!

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer