PEMBENTANGAN KERTAS DASAR “SUSTAINABLE DEFENCE BUDGET FOR MALAYSIAN ARMED FORCES CREDIBLE FORCE: A CATALYST TO NATIONAL POWER” MENGGALAKKAN PERBINCANGAN POSITIF KE ARAH MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN PERTAHANAN NEGARA

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

PUTRAJAYA, 30 Nov 23- Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menghadiri dan mendengar pembentangan kertas dasar daripada Penuntut Kursus Ketahanan Nasional Kohort 4/2023, Maktab Ketahanan Nasional (MKN) bertempat di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya, hari ini.

Sesi pembentangan kertas dasar yang bertajuk “SUSTAINABLE DEFENCE BUDGET FOR MALAYSIAN ARMED FORCES CREDIBLE FORCE: A CATALYST TO NATIONAL POWER” telah disampaikan oleh Laksma Ts Dr Shaftdean Lutfy bin Rusland dan Brig Jen Datuk Mohd Saifulisham bin Baharun, manakala Brig Jen Koey Tang Chai TUDM, Staf Juruarah Kanan Udara, Maktab Ketahanan Nasional bertindak sebagai moderator. Kertas dasar ini merupakan tugasan akhir para penuntut Kursus Ketahanan Nasional Kohort Siri 4/23 yang dihadiri oleh 24 peserta terdiri daripada 21 Pegawai Kanan ATM berpangkat Kolonel dan Brigedier Jeneral dan setaraf serta dua (2) Pegawai Luar Negara dari Mesir dan Brunei serta seorang pegawai awam daripada Kementerian Pertahanan.

Turut hadir menyaksikan sesi pembentangan ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob; En Sahipulhijaiman bin Sulaiman, TSUB Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik mewakili KSU Kementerian Pertahanan; Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali, Presiden PUSPAHANAS, wakil KP Kementerian Kewangan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.

Turut diadakan sesi perbincangan melibatkan peserta kursus serta pengurusan tertinggi ATM berkaitan peruntukan bajet negara melibatkan perancangan strategik bagi aset-aset ATM bagi mencapai objektif sebuah angkatan yang kredibel demi memelihara kedaulatan negara tercinta. Perbincangan positif ini menjadi platform terbaik ke arah mencapai resolusi terbaik khususnya dalam memperkasakan keupayaan pertahanan negara secara holistik.