KUALA LUMPUR, 8 Dis 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan daripada Brig Jen Muhammad Ariff Soo bin Abdullah, Timbalan Panglima Markas Logistik Tentera Darat di pejabat beliau, hari ini.
Brig Jen Muhammad Ariff Soo yang merupakan wakil dari Old Putera 1978 (OP 78) telah membuat perjumpaan dengan Panglima Tentera Udara bertujuan untuk meminta pandangan dan bertukar pendapat mengenai acara Perletakan Plaka OP 78 di Tapak Memorial Park, Maktab Tentera Diraja kelak. Dalam perjumpaan tersebut, Brig Jen Muhammad Ariff Soo turut menyerahkan plaka khas OP 78 kepada Panglima Tentera Udara.