![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 9 Jul 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan persaraan daripada Pengarah Agama, Markas Tentera Udara, Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus yang akan bersara dari perkhidmatan tidak lama lagi.
Selain itu, Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus turut membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.
Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan terus maju jaya kepada Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.